Official Store Noir Health and Beauty

Sejauh Mana Keberkesanan Minuman Kecantikan Dan Kesihatan?

Facebook
X
Telegram
WhatsApp
LinkedIn

Adakah minuman kecantikan dan kesihatan benar-benar boleh memberi manfaat kepada tubuh anda atau adakah ia sekadar angan-angan? Berikut adalah pendapat pakar.

Kehadiran pelbagai produk minuman kesihatan berasaskan kesihatan semakin mendapat perhatian ramai. Dalam satu kajian yang dikendalikan oleh firma penyelidikan pasaran global, Mintel, pada tahun 2008 sahaja terdapat hampir 300 produk makanan dan minuman yang berfungsi memberi khasiat kecantikan kepada tubuh telah dilancarkan. Jumlah tersebut hampir dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya. Tahun 2022, nyata ia memperlihatkan peningkatan yang semakin ketara. Saban hari terdapat pelbagai produk minuman kecantikan dan kesihatan yang boleh anda dapatkan di pasaran tempatan dan antarabangsa.

Maksud Minuman Kecantikan
Di mata pengguna, minuman kecantikan adalah minuman yang boleh membantu dalam aspek kecantikan buat si pengguna. Minuman yang memiliki khasiat kecantikan ini lazimnya mengandungi pelbagai vitamin, asid amino atau bahan-bahan botani yang mengandungi aktiviti antioksida. Lazimnya, individu perlu mendapatkan khasiat vitamin dan mineral yang mencukupi menerusi diet harian mereka atau menerusi pengambilan minuman mengikut jumlah keperluan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh.

Sejauh Mana Keberkesanannya?
Setiap individu perlu memastikan pengambilan diet harian yang merangkumi pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, protein tanpa lemak, lemak baik serta bijirin penuh. Makanan tambahan juga boleh membantu untuk mencukupkan keperluan ini. Ada kalanya, individu yang mengamalkan pengambilan makanan sihat juga berhadapan dengan masalah kulit, rambut dan kuku. Ini mungkin berpunca daripada masalah penyerapan khasiat makanan tersebut di dalam tubuh individu. Makanan tambahan berbentuk minuman boleh membantu untuk mengurangkan masalah kulit yang dihadapi individu kerana keperolehan biologi dan ia mudah diserap tubuh.

Diet Bertindak Balas Pada Kulit?
Secara asasnya, nutrien yang baik boleh memberikan kesan yang baik juga kepada kulit. Namun, ada perlu tahu nutrien yang tubuh anda perlukan dari semasa ke semasa. Ibaratnya, lemak di kawasan lilit pinggang anda tidak boleh terbakar dengan hanya melakukan senaman crunch sebanyak 100 kali. Malah, dengan sengaja meningkatkan jumlah pengambilan vitamin di dalam minuman ia langsung tidak memberi apa-apa nilai tambah kepada tubuh anda.

Anda boleh mengambil makanan tambahan mengikut keperluan tubuh. Jadi, anda perlu tahu apa yang tubuh anda perlukan. Minuman kecantikan yang anda ambil itu adalah sumber tambahan yang menjadi keperluan kepada tubuh anda. Sebaliknya, jangan jadikannya sebagai pengganti kepada jumlah pengambilan air yang tubuh anda perlukan setiap hari.

Menghilangkan Dahaga Kulit Anda
Pastikan tubuh kekal hidrat kerana ia adalah kunci kesihatan, termasuklah kulit anda. Hidrat kulit dengan pengambilan air secukupnya dan makan makanan berkhasiat dengan menikmati buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia adalah sumber yang terbaik.

Jika anda mencari minuman kecantikan yang ringkas, anda boleh menikmati minuman yang diperbuat daripada bahan-bahan berasaskan tumbuh-tumbuhan semula jadi. Pastikan anda kenal dan ambil tahu tentang bahan-bahan yang terkandung di dalam minuman kecantikan dan kesihatan yang anda ambil.

Selain menjaga pengambilan makanan untuk memelihara kulit dari dalam, anda juga perlu ambil berat tentang penjagaan kulit dari luar. Produk yang anda gunakan di atas kulit secara langsung, turut mampu memberi impak kepada perubahan kulit anda. Contohnya, apabila anda mengaplikasikan bahan-bahan seperti vitamin C, vitamin A dan peptides pada kulit ia boleh memberi tindak balas yang diperlukan oleh kulit anda.

NOIR memahami keperluan anda…

Share:

Comments (9)

  1. Iera fiera

    Sangat bagus info

  2. Faustina Eudora wheatley

    Saya suka produk2 noir 🥰

  3. Anna Hussen

    Product Noir memang terbaik sekali pakai terus jatuh cinta 💜

    • Suzana

      Saya memang yakin dgn produk NOIR kerana kulit saya yg kusam telah sihat dan cerah dgn pengambilan purewhite secara konsisten💜💜sayang NOIR

  4. Hazel Hamzah

    Hanya pengguna Noir sahaja yg tahu keberkesanan produk Noir.

    • Asiah

      Produk Noir memang best sgt,,produk setanding antara bangsa,

  5. Puteri Ariana

    Produk NOIR memang terbaik💜

  6. Muhammad wafri

    Noir skin care sangat terbaik dan sesuai untuk lelaki..💜💜💜🎂👍

  7. Sislyna Rusli

    Produk Noir terbaik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close My Cart
Close

Close
Categories