Official Store Noir Health and Beauty

Gabungan S-81 & Super Whitening Skin Peptides – Duo Mantap Untuk Inner Glow

Facebook
X
Telegram
WhatsApp
LinkedIn
Di Sebalik Slogan ‘Where Beauty Blossom’


Team Building NOIR 2025: Memperkukuh Silaturahim & Semangat Berpasukan

Selepas tiga tahun tertunda akibat pelbagai kekangan, akhirnya impian NOIR Health & Beauty Sdn Bhd untuk mengadakan Team Building berjaya direalisasikan pada awal tahun 2025.

Bertempat di Limastiga, Melaka, program yang berlangsung selama tiga hari dua malam ini telah menghimpunkan seramai 30 kakitangan NOIR HQ dalam sebuah pengalaman penuh makna dan keseronokan.

Persiapan Sebelum Acara

Semangat Team Building NOIR 2025 sudah mula dirasai seawal sehari sebelum program bermula! Setiap peserta diberikan tugasan khas iaitu penyediaan sepanduk bagi kumpulan masing-masing. Aktiviti ini bukan sahaja menguji kreativiti, tetapi juga menyemai semangat kerjasama sejak dari awal.

Untuk edisi kali ini, peserta telah dibahagikan kepada empat kumpulan:

    • Rampage Rebels
    • Star Players
    • The Alpha
    • Regalyst

Setiap kumpulan bersaing secara sihat dalam pelbagai aktiviti yang dirangka bagi mengasah kemahiran komunikasi, kepimpinan, serta kebersamaan dalam pasukan.

Momen Bermakna & Kenangan Manis

Team Building NOIR 2025 menjadi medan pertemuan bagi staf lama dan baru. Dengan pertukaran kakitangan dari masa ke masa, program ini menjadi platform terbaik untuk merapatkan ukhuwah serta membina chemistry yang lebih erat. Aktiviti demi aktiviti membentuk satu keluarga kerja yang lebih utuh dan harmoni.

Antara detik kemuncak dalam program ini ialah Malam Pyjamas Party pada 2 Februari! Suasana bertambah meriah apabila dua kakitangan dari Media Team, Kak Ra & Luqman, dinobatkan sebagai King & Queen Pyjamas NOIR 2025.

Mengiktiraf Keunggulan & Komitmen Staf NOIR

Di NOIR, setiap usaha dihargai! Kejayaan sesebuah organisasi bukanlah hasil usaha individu, tetapi hasil daripada gabungan tenaga dan semangat pasukan yang luar biasa. Bagi mengiktiraf pencapaian staf yang telah memberi sumbangan luar biasa, NOIR telah menganugerahkan NOIR Outstanding Performance Awards 2024 kepada individu-individu berikut:

NOIR Outstanding Performance Awards 2024

  • 🏆 Best Staff of The Year – Mohd Affiq
  • 🏆 The Most Committed Staff of The Year – Nur Atiqah Rosli
  • 🏆 The Visionary Leader of The Year – Ahmad Rizqan Zainuddin
  • 🏆 The Improved Staff of The Year – Mohammad Asyraf
  • 🏆 The Most Supportive Staff of The Year – Mohamad Nazren
  • 🏆 Zero MC of The Year – Muhammad Amirul Muzha

Selain itu, penghargaan juga diberikan kepada staf yang telah lama berkhidmat dalam keluarga NOIR:

  • 🎖️ Long Service Award (8 tahun) – Rosmalawati
  • 🎖️ Long Service Award (7 tahun) – Nor Amirah
  • 🎖️ Long Service Award (5 tahun) – Wan Zuraiza

Top Performing Staff Sepanjang Team Building

  • The Most Effective Staff – Muhammad Nasiruddin Ahmadkeri
  • The Most Committed Staff – Muhamad Farhan Baharudin
  • The Most Punctual Staff – Elia @ Kak Eli

Noir super whitening skin peptides


Kesimpulan

Team Building NOIR 2025 bukan sekadar acara tahunan, tetapi satu perjalanan yang meninggalkan kesan mendalam buat seluruh warga NOIR HQ. Ia bukan hanya membina semangat pasukan, tetapi juga menjadi satu kenangan yang mencoret legasinya yang tersendiri.

Dengan semangat baharu yang diperoleh, NOIR bersedia untuk mengorak langkah lebih jauh pada tahun 2025. Terus maju dan terus bersinar, NOIR Family!

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close My Cart
Close

Close
Categories