Ulang Tahun ke-8 NOIR: Dari Mimpi, Lahir Legasi Kecantikan & Pemerkasaan

Facebook
X
Telegram
WhatsApp
LinkedIn

8 Tahun NOIR: Dari Mimpi, Lahir Legasi Kecantikan & Pemerkasaan

Pada 19 Julai 2025, NOIR menyambut ulang tahun ke-8 dalam satu majlis eksklusif bertemakan “NOIR Anggun Abadi — Dari Mimpi, Lahir Legasi”, bertempat di Astana Glass House, Bamboo Hills. Dihadiri kira-kira 100 tetamu jemputan khas termasuk usahawan, rakan media dan KOL, sambutan ini bukan sekadar meraikan angka ia mengangkat perjalanan, perjuangan dan pertumbuhan komuniti wanita di bawah naungan NOIR.

Simbol Perjuangan, Legasi & Pemerkasaan

Sambutan ini bukan sekadar perayaan ulang tahun. Ia adalah manifestasi sebuah perjalanan yang bermula dari bawah penuh keazaman, jatuh bangun dan kebersamaan. Dari seorang wanita yang memulakan segalanya, kepada ribuan wanita yang kini membina masa depan bersama jenama ini.

Melalui video istimewa “Anggun Abadi,” hadirin dibawa menyelusuri liku-liku perjalanan 8 tahun NOIR. Dari sebuah impian kecil seorang wanita, ia berkembang menjadi komuniti yang membina ekonomi dan keyakinan wanita di seluruh negara.

Journey Talk: Kisah Sebenar Usahawan NOIR

Pengasas NOIR, Madammu telah menampilkan satu segmen istimewa yang dinamakan sebagai “Journey Talk Anggun Abadi.” Ia membuka lembaran kisah-kisah inspirasi daripada barisan usahawan NOIR yang telah melalui pelbagai fasa jatuh bangun. Mereka berkongsi bagaimana keyakinan, keberanian, dan semangat sisterhood membantu mereka menjejak kejayaan luar biasa.

Sesi ini menampilkan:

  • Fazira Ishak
  • Eza Nuraiena Sota
  • Shusi Queen
  • Najihah Ismail

Mereka membuktikan bahawa keinginan yang tulus dan komitmen yang konsisten mampu mengubah nasib.

Madammu sempat mengimbau detik awal ketika hanya sebuah telefon bimbit menjadi alat utama untuk memulakan segalanya.

Dari seorang suri rumah, Madammu kini memimpin sebuah empayar kecantikan yang bukan sahaja menekankan penampilan, tetapi memperkukuh jiwa wanita moden.

“NOIR bukan lagi milik Madammu seorang. NOIR adalah milik kita bersama. Daripada seorang, kini jadi ribuan wanita yang bukan sekadar cantik, tetapi berani bermimpi dan gigih membina masa depan sendiri.” — Madammu

Momen Potong Kek: Simbolik 8 Tahun Penuh Makna

Dengan diiringi lagu tema NOIR, momen potong kek diraikan meriah bersama Madammu dan barisan usahawan tertinggi NOIR. Ia bukan sekadar ritual, tapi lambang sebuah perjuangan yang utuh dan ikhlas.

Sesi Ilmu Eksklusif Bersama Pakar

Dua pakar dalam bidang kesihatan kulit dan estetik dijemput khas malam itu untuk memberi pencerahan:

  • Dr Amirul Nazri: Medical, Aesthetic & Laser Physician
  • Dr Liyana Dhamirah: Consultant Dermatologist

Topik seperti penjagaan kulit moden, anti-penuaan dan transformasi penampilan wanita disentuh secara eksklusif.

Pelancaran Produk Inovatif: NMN Enhanced+ & SW Tripeptide

Sebagai hadiah buat pelanggan setia, dua suplemen kecantikan dilancarkan secara rasmi:

  • NMN Enhanced+ — Rumusan anti-penuaan dengan Uthever® NMN & Berriessence™ untuk pembaharuan sel dan kesihatan dalaman.
  • SW Tripeptide — Kolagen marin dengan Collagen-Tripep20® & POMEWHITE® yang membantu mencerahkan dan menganjalkan kulitSIARAN MEDIA – ULANG TA….

Kedua-dua produk hadir dalam bentuk serbuk ‘direct consume,’ menjadikan ia sesuai untuk gaya hidup aktif wanita moden.

Madammu dan Tuan Azri (TP) tampil di pentas utama bagi melancarkan produk secara rasmi. Tetamu juga menerima ‘goodies’ khas dan berpeluang menjadi yang pertama mencubanya.

Ditutup Dengan Syukur dan Gambar Kenangan

Majlis berakhir dengan sesi bergambar sebagai simbol persaudaraan dan memori yang akan terus hidup dalam sejarah NOIR. Ia bukan sekadar malam perayaan, ia adalah malam memperkukuh iltizam untuk terus mara ke hadapan.

NOIR telah melangkah 8 tahun.

Dari mimpi kecil seorang wanita, kini lahir legasi yang memperkasa ribuan wanita lain. Dan legasi ini — baru sahaja bermula.

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close My Cart
Close

Close
Categories