The Company

NOIR Health & Beauty Sdn Bhd, syarikat yang telah berjaya mengetengahkan produk-produk kecantikan yang halal dan premium secara meluas ke seluruh negara. Ia turut melangkaui jenama tempatan yang telah bertapak lebih lama dalam menembusi industri kecantikan ke luar negara seperti Indonesia, Singapura, Brunei dan juga Dubai. Dan Noir terus meningkatkan kekuatan jenamanya dalam mempromosikan produk kecantikan halal dan premium ke seluruh dunia.

Formulasi produk kami menekankan pada kepentingan dari segi vegan, ujikaji ke atas haiwan dan mewujudkan kesedaran dalam kelestarian untuk berkembang dan sekaligus untuk memelihara kualiti dan formulasi untuk pengguna setia kami. Disenaraikan di CCIC (Coalition for Consumer Information on Cosmetics), syarikat nekad untuk terus mengekalkan komitmen kami kepada sifar toleransi terhadap semua ujian ke atas haiwan dalam menghasilkan produk kami.

Menyedari kesesuaian dalam kelestarian alam semulajadi, syarikat menggunakan botol kaca, plastik, kertas dan bahan-bahan kitar semula dalam pembungkusan.

Kebanggan syarikat dalam dedikasi berterusan kami dalam penyelidikan dan pembangunan untuk menghasilkan rangkaian produk yang paling berkesan daripada bahan-bahan semulajadi yang diperakui sepanjang zaman. Memanfaatkan keunggulan intipati mineral kristal terbaik menerusi proses pengambilan dan pengekstrakan kristal untuk dijadikan bahan dalam rangkaian kecantikan Noir.

The not-so-secret secret of fermentation

Revolusi penemuan Galactomyces Ferment Filtrate (GFF) telah terbukti sebagai suatu pencapaian yang luar biasa dalam industri kecantikan. Ianya ialah simfoni botanikal yang terhasil daripada gabungan mikro alkimia. Penyatuan ramuan melalui proses metabolik yang kemudiannya berubah menjadi mikronutrien yang menakjubkan, sedia untuk terbiasakan dan diserap oleh kulit. Proses fermentasi bahan aktif Noir menjalani beberapa bulan untuk mencapai tahap kematangan yang optimum.

Mengadaptasikan teknologi dari Jepun, GFF terbentuk melalui proses alami, dan kesesuaian dalam kelestarian alam semulajadi. Fokus peningkatan kami terhadap aktiviti dalam mendapatkan vitamin, mineral dan bahan-bahan tulen yang lain. Seterusnya, menjadikan kulit lebih cantik dan lebih sihat secara selamat.

The nourishing crystal minerals extraction

Lebih 5,000 tahun yang lampau, orang Mesir memanfaatkan warna-warna yang terhasil daripada ekstrak Malachite untuk dijadikan pembayang mata. Kristal tersebut juga dipakai oleh orang Mesir sebagai barang kemas kerana kuasa penyembuhannya. Walau bagaimanapun, mereka hanya memanfaatkan bahagian permukaan permata unggul ini. Pada masa kini, ekstrak Malachite diperoleh daripada pengisaran batu kristal Malachite, seterusnya dilarutkan dengan asid hidroklorik dan dineutralkan oleh natrium bikarbonat. Akhirnya, memperolehi mineral kristal terbaik yang dihasilkan oleh alam semula jadi Ia menyumbang kepada ramuan yang luar biasa dalam rangkaian kecantikan kami.

Company’s Achievement

Madammu bersungguh-sungguh menerapkan betapa pentingnya memanfaatkan elemen alami dan botanikal yang digabungkan secara alkimia untuk rangkaian produk kecantikan premium halalnya. Hasilnya, syarikat itu berjaya merangkul anugerah “Best Premium Skincare” dalam Asia Halal Brand Award (AHBA) 2019.

Turut disenaraikan sebagai Nona Top Beauty Entrepreneur 2020 2020 telah membuktikan bahawa gandingan kerjasama sepasukan yang berterusan pasti membuahkan hasil. Madammu diiktiraf antara 16 usahawan produk kecantikan terkemuka dan dipaparkan dalam majalah Nona penerbitan Januari 2020. Bukan hanya menaikkan keyakinan diri dan jaminan produk melalui program keusahawanan oleh syarikat, malah membolehkan usahawan jenama Noir menjana aliran pendapatan tetap mereka sendiri.

Sentiasa melangkah ke hadapan dengan kedudukan jenama Noir untuk kekal relevan dan jaminan yang kuat untuk pelanggan yang sedia ada dan juga bakal pelanggan untuk mencuba produk adalah pemangkin utama untuk berkembang di mana-mana industri. Oleh itu, ini sangat bermakna bahawa Noir menerima anugerah Superbrands Malaysia dalam “Kategori Kesihatan & Kecantikan”. Pengiktirafan yang sangat berprestij bagi syarikat dalam menghargai usaha mereka untuk terus maju dalam industri.

Our team

THOMAS SNOW

THOMAS SNOW

CEO/founder

PAMELA DOE

PAMELA DOE

CEO/founder

MIRINDA

MIRINDA

Accountant

JONE DOE

JONE DOE

Developer

NICH KON

NICH KON

Delivery Driver

Close My Cart

Recently Viewed

Close
Close

Close
Categories