NOIR terus melangkah dengan berani, daripada eksklusif di platform usahawan kini ke retail Watsons Pink dan flagship store gah di Pavilion Bukit Jalil.
Namun di sebalik langkah besar ini, Madammu tidak pernah melupakan akar perjuangan NOIR iaitu komuniti usahawan wanita yang menjadi nadi kepada setiap kejayaan.
Sebuah perjalanan yang merungkai kisah sebenar di sebalik langkah baharu NOIR. Daripada penyertaan rasmi dalam rangkaian Watsons Pink, pembukaan flagship store di Pavilion Bukit Jalil, hingga kepada komitmen teguh Madammu dalam membimbing komuniti usahawan NOIR agar terus berkembang bersama.
Pertumbuhan NOIR bukan sekadar lambang sebuah kejayaan komersial, tetapi ia turut melambangkan kematangan sebuah jenama tempatan yang dibina atas semangat wanita berani.
Bagi pengasas NOIR Health & Beauty, Madammu, kejayaan sebenar bukan bila kita sampai ke puncak, tapi bila kita pastikan semua orang naik bersama-sama.

Retail Bukan Pengganti, Tapi Fasa Baharu Dalam Perjuangan
Ramai yang tertanya-tanya, adakah Madammu sudah meninggalkan sistem ejen selepas NOIR mula dijual di Watsons Pink dan membuka flagship store sendiri?
Jawapannya mudah: TIDAK!
NOIR tidak pernah meninggalkan sesiapa. Langkah NOIR ke ‘retail’ bukan tanda perpisahan, tapi tanda kematangan.
Dulu NOIR dikenali melalui sentuhan peribadi para ejen; kini Madammu mahu dunia melihat hasil tangan mereka di peringkat global.
Setiap pelanggan yang memegang produk NOIR di Watsons Pink sebenarnya sedang menyentuh hasil titik peluh komuniti NOIR yang bermula dari rumah-rumah kecil di seluruh Malaysia.
Retail ialah pintu baharu untuk memperkenalkan kualiti NOIR, namun akar kekuatannya tetap datang daripada keluarga besar usahawan yang pernah percaya kepada NOIR sejak dari awal.
Ejen Tetap Nadi dan Jantung NOIR
Tiada Pavilion tanpa tangga rumah pertama itu (masih ingatkan bagaimana kisah Madammu bermula?) Tiadalah NOIR di Watsons Pink tanpa mereka yang sanggup percaya ketika NOIR belum dikenali sesiapa.
Para ejen dan stokis ialah sebab NOIR berdiri kukuh hari ini. Mereka ibarat duta dan mereka jualah ‘jiwa’ kepada jenama ini.
Madammu masih ingat setiap wajah yang pernah hadir ke kelas pertama, setiap mesej semangat yang dihantar waktu bisnes perlahan dan setiap air mata yang tumpah ketika sama-sama mengejar impian.
Walaupun ‘retail’ kini menjadi langkah strategik, Madammu tetap meletakkan pembangunan ejen sebagai keutamaan utama melalui latihan keusahawanan, strategi pemasaran digital, sokongan ‘branding’ dan platform pengiktirafan. NOIR akan terus menjadi ruang untuk wanita belajar berdikari dan membina keyakinan diri.

Nilai Yang Tak Pernah Luntur
Dari awal, NOIR dibina bukan kerana keuntungan semata-mata. Ia lahir daripada keinginan Madammu untuk memperkasakan wanita agar mereka berani bermimpi dan berubah.
Bila Madammu melangkah ke ‘retail,’ ia bukan kerana ingin mengubah arah. Tapi untuk mengembangkan sayap perjuangan, agar lebih ramai wanita dapat merasai keindahan transformasi ini.

NOIR Akan Terus Membimbing, Bukan Meninggalkan
Madammu percaya, setiap fasa baharu perlukan pemimpin yang tidak sekadar berjalan di depan, tetapi menoleh ke belakang untuk memastikan semua orang masih bersama. Itulah yang Madammu lakukan sejak hari pertama menerajui NOIR.
NOIR bukan sekadar jenama kecantikan. Ia sebuah keluarga besar yang membina keyakinan, menanam nilai dan memupuk semangat untuk berjaya bersama.
Sebab itu Madammu akan terus memandu dan membimbing para ejen serta stokis, agar mereka terus berkembang seiring hala tuju NOIR yang semakin luas. ‘Retail’ hanyalah satu pintu baharu, tetapi rumahnya masih sama. Rumah yang dibina atas kasih, kepercayaan dan perjuangan wanita yang ingin mengubah hidup.

Dari Hati Madammu Untuk Semua
Perjalanan NOIR masih panjang. Dan dalam setiap langkah, Madammu akan terus membawa nama komuniti usahawannya bersama-sama.
“Setiap kejayaan NOIR bukan milik Madammu seorang, tetapi milik setiap wanita yang pernah berani bermimpi bersama.”
Selagi ada wanita yang mahu berubah, selagi ada semangat untuk terus percaya, NOIR akan terus ada untuk membimbing, memimpin dan memaknai semula erti “Where Beauty Blossoms.” “Bila hati ikhlas memberi manfaat, kejayaan akan datang sebagai hadiah, bukan tujuan.” – Madammu







