Usahawan & Pemenang Bertuah NOIR Raih Rezeki Menunaikan Umrah Tajaan Penuh

Facebook
X
Telegram
WhatsApp
LinkedIn

NOIR Health & Beauty Bawa Usahawan & Pemenang Bertuah Menunaikan Umrah Bersama Labbaik Travel.

Alhamdulillah, sekali lagi NOIR Health & Beauty menulis sejarah indah apabila seramai 10 jemaah yang terdiri daripada usahawan cemerlang NOIR, pemenang bertuah NOIR Golden Reward, serta pembeli setia NMN Enhanced Plus dan SW Tripeptide telah berangkat menunaikan ibadah Umrah yang ditaja sepenuhnya oleh NOIR.

Perjalanan penuh bermakna ini berlangsung dari 11 hingga 18 Oktober 2025, dengan kerjasama agensi pelancongan berpengalaman, Labbaik Travel & Tours Sdn Bhd, yang menyediakan perkhidmatan terbaik dari awal hingga akhir perjalanan.

Perjalanan Penuh Makna Dari KLIA ke Tanah Suci

Pada 11 Oktober 2025, para jemaah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menuju ke Jeddah sebelum meneruskan perjalanan ke Makkah. Malam pertama disambut dengan penuh rasa syukur apabila mereka menunaikan umrah wajib yang pertama dan dibimbing sepenuhnya oleh mutawif berpengalaman.

Sepanjang berada di Makkah, jemaah berpeluang melakukan ziarah dalam dan luar Makkah termasuk ke Masjidil Haram, Jabal Nur, Bukit Korban, dan Jabal Rahmah. Masing-masing meluahkan rasa sebak dan terharu kerana diberi peluang menjadi tetamu Allah atas rezeki yang dihadiahkan oleh NOIR.

Meneruskan Perjalanan ke Madinah

Pada 15 Oktober 2025, rombongan bertolak ke Madinah Al-Munawwarah dan menginap berhampiran Masjid Nabawi. Di sini, para jemaah mengunjungi tempat-tempat bersejarah seperti Raudhah, Maqam Rasulullah SAW, dan Perkuburan Baqi’, selain melakukan ziarah luar ke Masjid Quba, Jabal Uhud, dan Medan Perang Khandak.

Sepanjang lawatan, mutawif berkongsi kisah perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabat yang memberikan inspirasi mendalam kepada setiap peserta.

Wakil NOIR: Rosmalawati & Mohamad Nazren

Perjalanan kali ini turut disertai oleh dua orang wakil senior NOIR iaitu Rosmalawati dan Mohamad Nazren sebagai urus setia rasmi. Bagi Rosmalawati yang lebih mesra disapa Mala, ini merupakan kali kedua beliau menunaikan Umrah bersama tajaan Madammu manakala ia adalah pengalaman pertama buat Nazren yang turut berperanan memastikan kelancaran urusan jemaah sepanjang di Tanah Suci.

Mereka berdua menjadi tulang belakang dalam mengurus keperluan dan kebajikan peserta, memastikan setiap jemaah mendapat pengalaman ibadah yang selesa dan bermakna.

 Ucapan Syukur dan Penghargaan

Rata-rata peserta menzahirkan rasa syukur dan sebak kerana ini merupakan Umrah pertama bagi kebanyakan mereka. Mereka juga menyampaikan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Madammu dan NOIR atas peluang istimewa yang membuka lembaran baharu dalam kehidupan mereka.

Walaupun Madammu dan TP tidak dapat turut serta kali ini atas sebab yang tidak dapat dielakkan, doa dan pesanan mereka sentiasa mengiringi perjalanan jemaah di Tanah Suci.

Madammu turut meluahkan rasa puas hati dan terharu terhadap khidmat profesional yang diberikan oleh Labbaik Travel & Tours, yang memastikan segala urusan berjalan lancar dari berlepas hingga pulang ke tanah air.

Hadiah Dunia, Pahala Akhirat

Program Umrah tajaan NOIR ini bukan sekadar penghargaan kepada usahawan dan pelanggan setia, tetapi simbol kasih dan keikhlasan Madammu dalam mengajak lebih ramai insan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Semoga pengalaman ini menjadi inspirasi kepada seluruh komuniti NOIR untuk terus berjaya bukan hanya dalam perniagaan, tetapi juga dalam mengejar keberkatan dan ketenangan jiwa.

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close My Cart
Close

Close
Categories