wajah lebih glowing

Wajah Lebih Glowing, Siapa Je Yang Tak Mahu! Ini Cara Yang Betul

Kebanyakan wanita di luar sana sangat mementingkan kecantikan. Mustahil lah sebagai wanita kita taknak kelihatan cantik berseri kan? Bukan setakat flawless, tapi nak glowing juga. Haa, nak tahu macam mana caranya untuk wajah lebih glowing? Jom mula!

Tapi, kenapa tampil cantik itu satu benda yang penting? Kenapa wajah yang flawless dan glowing tu penting?

Kenapa kita kena ambil kira akan penampilan kita? Sebab utamanya ialah sebab apabila kita kita cantik, kita akan rasa lebih confident. Dan, confident is the best thing that women can wear.

Konsep kecantikan ni berubah dari masa ke semasa, dan sudah menjadi lumrah manusia yang ingin ikut trend agar kita tak ketinggalan.

Kalau dulu, kebanyakan orang dapatkan wajah yang cantik menggunakan alat solek yang banyak, tapi setelah mendapat ilmu pendidikan kulit yang betul, ternyata wajah yang flawless dan glowing itu boleh dicapai melalui beberapa tips dan skincare sahaja.

Apabila wajah kita lebih sihat, penggunaan make up pun dapat dikurangkan. Best kan? Tak guna make up pun masih kelihatan flawless dan glowing. Such a dream!

“Untuk dapatkan wajah yang bebas cela dan glowing memerlukan banyak hal. Tapi, memang berbaloi. Tak perlukan alat solek dah untuk rasa cantik”

Kalau dah sampai ke tahap tak perlukan make up untuk sorok cela di wajah, siapa je yang tak mahu! Tapi macam mana caranya untuk wajah lebih glowing? Apa yang harus dilakukan?

Wajah lebih glowing apabila kita lakukan tips yang berguna dan menggunakan skincare yang betul.

Kalau konsisten untuk beberapa bulan, memang boleh dapatkan wajah yang diidamkan.

Tahukah anda, terdapat kajian yang menyatakan ‘glowing skin’ merupakan antara faktor yang paling penting dalam dunia kecantikan?

Jadi.. apakah penyebab kulit kusam dan tidak glowing? Kulit kusam adalah kerana kulit wajah kita tidak sihat.

Masalah kulit kusam ni membuatkan wajah kita nampak tak kering dan kusam apabila terkena matahari.

Ini 5 sebab kenapa wajah kita nampak kusam.

1. Kulit Kering Dan Dehidrasi

Kulit yang dehidrasi akan menurunkan volume aliran darah ke kulit dan membuatkan wajah kita kelihatan pucat seperti orang sakit.

Selain itu, kulit dehidrasi juga akan membuatkan garis garis halus di wajah kelihatan makin jelas.

Kulit dehidrasi berlaku disebabkan kekurangan air di dalam kulit.

Keadaan ini berlaku disebabkan skin barrier yang lemah dan menyebabkan kulit dah tak mampu untuk mengekalkan kelembapan dan tahap air yang mencukui pada kulit.

2. Sel Kulit Mati Terkumpul

Sel sel kulit mati yang terkumpul pada wajah juga akan menyebabkan kulit kusam dan berjerawat.

Ini adalah kerana sel sel kulit tersumbat di liang pori dan akhirnya menyebabkan pertumbuhan jerawat.

3. Usia

Korang tahu tak sel kulit kita akan berganti baru setiap 28 hingga 30 hari?

Dalam proses ini, sel kulit yang mati itu akan berada di atas permukaan kulit kita.

Kalau kita tak singkirkan sel kulit mati itu, ia akan terkumpul dan tersumbat di dalam liang pori.

Dan apabila ia tersumbat di dalam liang pori, ia akan menyebabkan whitehead/blackhead, dan menjadi jerawat.

Semakin usia kita meningkat, regenerasi kulit kita pun akan menurun. Bukan itu sahaja, malah produksi minyak pun akan menurun.

4. Diet Yang Tak Sihat

Kalau korang gemar minum air manis dan berkarbonat, kulit akan cepat nampak kusam dan kering.

Pasti ramai yang tahu kan yang minuman manis dan berkarbonat tak bagus untuk kesihatan juga sebab mengandungi kandungan gula yang amat tinggi?

Kalau nak tahu, air yang bergas mengandungi sekurang kurangnya 10 sudu kecil gula!

5. Sinaran UV

Kalau korang merupakan seorang yang kerap berada di luar, itu juga boleh menjadi salah satu sebab kulit menjadi dehidrasi.

Sinaran UV yang terkena pada kulit dan polusi udara boleh menjadi satu sebab penyebab kulit kusam.

Sinaran UV juga akan menyebabkan proses penuaan semakin cepat.

Jom ketahui cara untuk membuat wajah lebih glowing!

wajah lebih glowing

1. Mencuci Muka 2 Kali Sehari

Pastikan kulit bersih adalah langkah pertama untuk glowing skin!

Pembersih muka bertindak untuk menghilangkan kotoran, minyak berlebihan dan sisa makeup yang ada pada kulit wajah.

Cuci muka 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam. Jangan cuci muka lebih dari dua kali kerana ia akan mengeringkan muka.

2. Scrub Muka 2 Kali Seminggu

Di atas permukaan kulit kita terdapat sel sel mati.

Jadi, cara termudah untuk singkirkan sel sel mati itu ialah dengan menggunakan skrub muka.

Skrub muka harus dilakukan sekurang kurangnya 2 kali seminggu.

3. Gunakan Essence

Apabila membersih muka, ia akan menggangu level pH pada kulit kita.

pH semula jadi bagi kulit kita adalah sekitar 5-6 jadi pembersih muka cenderung menjadikan kulit kita sedikit alkali.

Jadi, apa yang perlu dilakukan ialah menggunakan essence.

Penggunaan essence bertujuan untuk mengimbangkan kembali pH kulit kita.

4. Gunakan Pelembab

Kekurangan lembapan pada kulit boleh menyebabkan kulit menjadi sangat berminyak atau sangat kering.

Selain itu, masalah jerawat pun akan terjadi jika tidak menggunakan pelembab.

Fungsi pelembab adalah untuk membaiki dan menghalang kulit kita dari kehilangan air.

Pelembab juga boleh membuatkan wajah kita nampak glowing.

5. Gunakan Sunblock

Fungsi sunblock adalah melindungi kulit dari matahari.

Jika kulit kita terdedah pada matahari pada jangka masa yang lama akan menyebabkan kusam, tompok gelap, garis halus, kedutan dan juga kanser kulit.

Penggunaan sunblock amat penting kerana sinaran UV mempunyai keupayaan untuk menggangu tekstur kulit korang dan menyebabkan kulit jadi kusam.

Jom dapatkan kulit wajah yang lebih glowing dengan cara yang mudah ini. Selamat mencuba!

Baca juga: Langkah Penggunaan Skincare Yang Betul

Cara Atasi Kulit Breakout Yang Berkesan Pada Kulit Anda
Kurangkan Dark Circle Dengan Cara Ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close My Cart

Recently Viewed

Close
Close

Close
Categories