Terma dan Syarat Peraduan Cantik & Menang 

 

  1. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali kakitangan dan/atau ahli berdaftar NOIR Health & Beauty Sdn. Bhd.
  2. Setiap pembelian yang dibuat secara bulanan mulai 6 Mac 2022 sehingga 31 Disember 2022 (“Tempoh Peraduan”) adalah layak untuk menyertai Peraduan ini. Peraduan akan ditutup pada 11.59 malam, 31 Disember  2022 (“Tarikh Tutup”). Semua pendaftaran yang dibuat selepas Tarikh Tutup tidak akan diambil kira.
  3. Penganjur akan memilih pemenang pada setiap akhir bulan dan pemenang yang bertuah akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 10,000.00.
  4. Penganjur berhak untuk mengubah, membatalkan, menghentikan atau menangguhkan Peraduan pada bila-bila masa semasa Tempoh Pendaftaran tanpa memberikan notis terlebih dahulu.
  5. Dengan pembelian minimum RM50.00, akan melayakkan untuk menyertai Peraduan ini.
  6. Pemenang Peraduan akan diumumkan setiap bulan bermula Mac 2022 di laman Facebook NOIR Health & Beauty HQ.
  7. Visual bagi hadiah yang dipaparkan menerusi bahan promosi Peraduan adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Hadiah tidak boleh dipindah milik.
  8. Notis bertulis (“Notis”) ini bertujuan untuk memaklumkan anda bahawa data peribadi anda diproses oleh atau bagi pihak NOIR Health & Beauty Sdn Bhd. Dengan mengemukakan borang Peraduan ini, anda dengan ini mengizinkan penyimpanan dan pemprosesan data peribadi anda dengan cara yang dinyatakan dalam Notis ini. Kami akan memproses data peribadi yang telah anda berikan kepada kami termasuk tetapi tidak tertakluk kepada nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat dan maklumat lain yang kami perlukan daripada anda.
  9. Data peribadi yang anda berikan kepada kami boleh dikongsikan kepada penyedia perkhidmatan kami hanya untuk tujuan yang disebutkan di atas. Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa data peribadi yang anda berikan kepada kami adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan, dan telahpun dikemas kini.
  10. Penganjur berhak untuk menukar, membatalkan, menamatkan dan/atau menangguh pemberian hadiah, tanpa perlu memberikan notis terlebih dahulu. Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan barangan lain yang sama nilainya, pada bila-bila masa, tanpa memberikan sebarang notis terlebih dahulu. Semua hadiah dituntut dalam keadaan “sedia ada” dan tidak boleh ditukarkan dengan wang tunai, kredit atau barangan lain atau baucar sama ada secara sebahagiannya atau sepenuhnya.
  11. Keputusan Penganjur dalam semua perkara berkaitan Peraduan adalah mutakhir, muktamad dan mengikat. Tiada surat-menyurat akan dilayan.
  12. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma & Syarat Peraduan ini dan menerima bahawa semua keputusan yang dibuat oleh Penganjur adalah muktamad. Penganjur berhak untuk menukar, meminda, menambah atau menggugurkan mana-mana Terma & Syarat Peraduan ini pada bila-bila masa tanpa memberikan sebarang notis kepada peserta dan peserta adalah tertakluk kepada perubahan tersebut.

 

Close My Cart
Recently Viewed Close
Close

Close
Categories