“Mana satu yang nak kena pakai dulu eh?”
Pernah atau tidak korang terfikir kenapa kulit wajah tak ada perubahan walaupun dah pakai skincare yang lengkap? Pernah tak terfikir yang kemungkinan langkah penggunaan skincare korang sebenarnya salah?
Korang tahu tak penggunaan skincare ini akan berkesan apabila korang mengikut turutan yang betul?
Baca juga: 10 Tips Penjagaan Kulit Muka
Ini adalah untuk memastikan kulit korang mendapat manfaat yang sepenuhnya dari setiap produk.
Contohnya, antara krim dan cecair, mana satu yang perlu korang gunakan dahulu?
Kalau korang pilih krim, kulit korang tak akan dapat manfaat daripada cecair sepenuhnya sebab emolien dari krim telah pun menjadi satu penghalang.
Okay, soalan seterusnya. Antara moisturizer dan sunblock, mana satu yang korang patut gunakan dahulu?
Jawapannya, moisturizer. Kalau korang guna moisturizer selepas sunblock, kulit tidak akan menerima manfaat sunblock sepenuhnya.
Guna pada masa yang betul.
Masa yang sesuai untuk menggunakan skincare pun amat penting. Skincare routine harus dibuat dua kali sehari, iaitu pagi dan malam. Pada waktu pagi, korang patut buat skincare routine sebelum pukul 12 tengah hari.
Pada waktu malam pula, lakukan skincare routine sebelum tidur. Kalau korang lakukan sikncare routine pada waktu petang, ada kemungkinan untuk lebih banyak bakteria melekat pada muka dan muka lebih terdedah pada persekitaran.
Selain dari itu, sunblock juga perlu digunakan dengan betul. Tahukah anda, korang sepatutnya tunggu sekurang kurangnya 20 minit sebelum keluar dari rumah dan terdedah pada sinaran UV?
Sunblock memerlukan 20 minit untuk serap ke dalam kulit dan berfungsi dengan baik.
Produk yang manakah yang perlu digunakan terlebih dahulu?
Ini langkah penggunaan skincare yang betul!
Peraturan yang paling mudah untuk diikuti adalah dengan menggunakan produk yang mempunyai kepekatan yang rendah hingga yang tinggi. Untuk lebih mudah faham, dari cecair kepada minyak.
Langkah 1: Pencuci muka
Pencuci muka wajib digunakan dua kali sehari. Selepas bangun tidur dan sebelum tidur. Apa fungsi mencuci muka ni?
Fungsi pencuci muka adalah untuk mencuci muka kita dari lebihan sebum, kotoran dan solekan yang ada pada wajah.
Pencuci muka juga bertindak untuk mencuci muka sehingga ke liang pori dan membuatkan kulit kita nampak bersih dan segar sepanjang hari.
“Kenapa selepas bangun tidur pun kena cuci muka? Tiada aktiviti yang dilakukan semasa kita tidur”
Ini adalah kerana walaupun sedang tidur, ada potensi yang kita sentuh wajah kita menggunakan tangan yang kotor.
Dan, kotoran masih boleh hinggap di wajah walaupun sedang tidur.
Langkah 2: Essence
Kalau nak tahu, penggunaan essence sangat popular di Korea. Boleh dikatan, penggunaan essence adalah salah satu rahsia kenapa kulit orang Korea sangat glowing!
Mengapa essence merupakan langkah yang penting dalam skincare routine?
Korang akan melihat lebih banyak efek positif pada kulit jika menggunakan essence kerana essence mengandungi bahan aktif yang merawat kulit dari dalam.
Essence mengandungi bahan aktif yang secara khusunya untuk merawat kedutan, garis halus, dan meratakan kulit wajah.
Bukan itu sahaja, wajah pun tak akan nampak kusam lagi. Jika essence digunakan secara konsisten, kulit akan kelihatan lebih cerah dan licin.
“Adakah essence sama dengan toner?”
Tidak. Essence dan toner adalah dua benda yang berbeza. Apabila menggunakan essence, lebih baik untuk tidak menggunakannya dengan cotton pad. Hanya perlu tuang pada tangan, dan usapkan ke seluruh wajah.
Langkah 3: Serum
Konsentrasi serum adalah sangat pekat, jadi adalah lebih baik untuk menggunakannya pada lapisan yang dekat dengan kulit. Secara teksturnya, serum lebih ringan berbanding losyen atau krim.
Kebiasannya, serum mengandungi bahan aktif yang lebih pekat berbading dengan essence.
Kebanyakan orang yang menggunakan serum adalah untuk merawat masalah kulit seperti berminyak, kering dan juga breakout.
Penggunaan serum bertujuan untuk tingkatkan proses penghasilan semula sel kulit yang bertindak untuk mengembalikan keremajaan kulit wajah.
Apabila menggunakan serum, bintik hitam dan garis halus pada wajah pun dapat dibanteras.
Apakah langkah penggunaan skincare yang seterusnya?
Langkah 4: Moisturizer
Apabila memilih moisturizer, lihat pada bahan bahan yang terkandung di dalam moisturizer tersebut. Antara bahan yang bagus untuk kulit wajah ialah seperti Glycerin, Niacinamide atau Snail Mucin.
Fungsi moisturizer adalah untuk seimbangkan minyak/sebum pada kulit. Apabila minyak/sebum di kulit dah seimbang, maka kulit kita pun akan kekal lembab.
“Tapi, kulit saya memang dah berminyak. Perlukan moisturizer lagi ke?”
Ya. Semua jenis kulit memerlukan moisturizer. Masalah kulit berminyak adalah kerana penghasilan sebum yang melebihi, jadi penggunaan moisturizer akan seimbangkan kembali sebum pada kulit.
Moisturizer boleh membentuk barrier untuk mengurangkan proses kehilangan air atau kekeringan dari kulit muka dan diseluruh badan.
Moisturizer juga membantu untuk mengelakkan kulit kita daripada jadi kering dan bantu halang pertumbuhan jerawat.
Langkah 5: Sunblock
Penggunaan sunblock adalah pada langkah terakhir dan hanya perlu dipakai pada waktu siang. Penggunaan sunblock adalah untuk melindungi kulit kita dari sinaran UV.
“Apakah kepentingan menggunakan sunblock?”
- Melindungi kulit dari sinaran UV. Apabila kulit kita terdedah pada sinaran UV, itu boleh menyebabkan kanser kulit.
- Elak dari terkena sunburn
- Melambatkan penuaan (berkedut)
- Mencegah jeragat
- Bantu mengekalkan kulit yang lebih sekata
Walaupun cuaca kelihatan mendung, masih penting untuk korang gunakan sunblock. Ini adalah kerana, 80% sinar matahari masih boleh tembus melalui awan.
“Skin is healthier overall when you use sunscreen”
Michelle
Sebenarnya, skincare routine akan menjadi sia sia jika tak gunakan sunblock. Sunblock merupakan produk kecantikan yang paling penting dalam skincare routine korang.
Selamat mencuba!
apa yg perlu utk malam?
klu saya……saya pakai spt mana sy pkai waktu pg…
1.cuci
2. essence
3.serum
4. moisturizer
5. sun block
malam xperlu pakai sunblock..cukup sekadar cuci muka pakai essence serum dan moisturiser