Kurangkan Dark Circle Dengan Cara Ini!

Memang tak dinafikan, masalah dark circle ni memang biasa di kalangan wanita. Punca dark circle ni berlaku adalah kerana faktor genetik dan warna kulit kita pun boleh menjadi punca kenapa ia terjadi.

Masalah dark circle ni bukan sahaja buat kita nampak macam panda, tapi buat keyakinan diri kita merudum juga! Jangan pening kepala, ada cara mudah nak kurangkan dark circle.

Ada ke cara yang mudah untuk kurangkan dark circle?

Kebanyakan orang ingat masalah dari circle ni terjadi sebab terlalu penat lah, tidur lambat lah atau masalah tak cukup tidur.

Tapi, korang pernah tak jumpa seseorang yang tak cukup tidur tapi dark circle dia tak teruk pun? Jadi, apa sebenarnya punca masalah dari circle ni?

Ya, memang tak cukup tidur, rehat dan tidur lambat tu boleh jadi punca kenapa terjadinya dark circle tu. Tapi, ada juga masalah lain yang menyumbang kepada masalah itu seperti faktor umur yang dikenali sebagai ‘natural aging process

Apa pula natural aging process ni? Ia merupakan proses yang dilakukan oleh tubuh badan kita seiring dengan peningkatan umur kita.

Apabila kita makin tua, sebenarnya kulit wajah kita pun ikut tua. Sebab tu lah bila kita dah meningkat usia, kulit wajah kita semakin berkedut, dan banyak lagi masalah lain yang timbul juga.

Antara masalah lain itu ialah masalah dark circle. Macam mana nak tahu itu dark circle, atau eyebag? Dua benda ni adalah benda yang berbeza. Kita tengok satu satu ya.

Dark circle adalah lingkaran hitam yang terjadi di bawah mata. Punca dark circle adalah kerana sinaran UV, pigmentasi yang kurang di bawah mata dan kekerapan menggosok mata.

Eyebag juga terjadi di bawah mata tetapi tidak bewarna gelap seperti dark circle. Ia lebih kepada mata kita kelihatan bengkak dan kendur.

Eyebag terjadi apabila umur kita semakin meningkat, keletihan, dan tak cukup tidur. Jadi jangan salah ya?

Nak tahu lebih lanjut tentang dark circle?

Selain dari faktor di atas, ada dua faktor besar yang menyebabkan terjadinya masalah dark circle ni iaitu umur dan genetik.

Semakin tua, fatty tissue yang ada di sekitara mata kita akan menipis. Itu normal kerana peningkatan usia. Jadi, dark circle akan nampak lebih jelas apabila umur kita meningkat.

Dari segi genetik pula, ia juga boleh jadi dari keturunan kita sendiri. Cuba tengok ibu atau ayah kita, adakah mereka juga menghadapi masalah dark circle?

Jika ya, itu juga boleh menjadi salah satu punca terjadinya masalah dark circle pada korang. Tapi jangan risau, ada cara untuk kurangkan dark circle.

Masalah dark circle ni memang boleh diatasi dengan produk kecantikan, tapi tak ambil kira hal hal lain juga! Eh.. apa hal hal lain tu?

1. Dapatkan Tidur Yang Cukup

Iya, ini cara yang paling mudah yang korang boleh lakukan. Tidur di awal waktu supaya korang boleh dapatkan tidur yang mencukupi.

Korang tahu yang korang sepatutnya tidur selama 8 jam? Bila tidur cukup 8 jam, percaya lah dark circle ini akan berkurangan. Mudah je, tak susah pun!

2. Timun

Selalu tak tengok kat TV orang pergi buat facial sambil letak timun kat mata? Timun bukan sebarang timun ya. Ada banyak khasiat yang timun boleh berikan pada kulit wajah kita.

Antaranya, kurangkan dark circle. Timun bertindak menyejukkan mata dan mengurangkan bengkak di mata.

Timun mengandungi Vitamin C yang ternyata memang bagus untuk persekitaran mata!

3. Uncang Teh

Ya, betul tu. Uncang teh pun boleh bantu atasi masalah dark circle. Macam mana tu? Uncang teh mengandungi sifat antioksidan dan akan meransang peredaran darah di sekitar mata kita.

Caranya mudah sahaja, hanya perlu dua uncang teh yang direndam di dalam air panas lepas tu biar kan untuk beberapa minit ataupun letak di dalam peti ais agar sejuk.

Dan uncang teh yang terbaik untuk digunakan adalah green tea!

4. Rawatan Muka

Jika masalah dari circle korang terlalu teruk, koang boleh pergi ke spa. Kenapa spa? Sebab antara sebab lain terjadinya dark circle ialah kerana peredaran yang lemah di sekitar mata. Jadi, urutan lembut di sekitar kawasan mata boleh membantu melancarkan peredaran darah.

5. Alat Solek

Kalau dark circle ini membuatkan keyakinan diri korang merudum, cara ini berkesan tetapi hanya sementara. Korang hanya perlukan concealer dan sapu di bawah mata.

Penggunaan concealer ini adalah untuk kurangkan penampakan dark circle di sekitar kawasan mata.

Tetapi, concealer ini bersifat sementara sahaja. Bila dah cuci dengan pencuci muka, ia akan hilang dan dark circle itu masih kelihatan.

Jom tengok produk kecantikan yang boleh digunakan untuk kurangkan dark circle!

1. Jangan Gunakan Pelembab Di Kawasan Mata

Penggunaan pelembab di sekitar kawasan mata adalah salah sama sekali! Ini adalah kerana kulit kawasan mata kita nipis berbanding di kawasan kulit wajah kita yang lain dan ianya lebih mudah rapuh.

Dan, pelembab mengandungi kandungan yang tidak sesuai untuk mata kita seperti emollient dan petrolatum.

2. Gunakan Noir Acne Serum

kurangkan dark circle

Penggunaan Noir Acne Serum ini memang dirumus khas untuk mengatasi masalah dark circle. Caranya mudah sahaja, hanya perlu pump dan roll di bahagian mata untuk beberapa minit.

Lakukan langkah ini setiap hari untuk hasil yang wow!

3. Gunakan Sunblock

Percaya atau tidak, di sekitar mata kita pun perlukan sunblock! Fungsinya adalah untuk melindungi kulit di mata kita dari sinaran UV.

Korang pasti tahu kan yang sinaran UV boleh menyebabkan kulit semakin gelap? Jadi, guankan sunblock di kawasan mata juga.

Jangan risau, masalah dark circle pasti boleh diatasi dengan cara cara di atas. Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Atasi Kulit Breakout Yang Berkesan Pada Kulit Anda

Wajah Lebih Glowing, Siapa Je Yang Tak Mahu! Ini Cara Yang Betul

Comments (1)

  1. Zoe

    Thanks for sharing!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close My Cart

Recently Viewed

Close
Close

Close
Categories