kepentingan sunscreen

Kepentingan Sunscreen Untuk Wajah

Tahukah anda? Sunscreen merupakan produk paling penting di dalam skincare routine. Ketahui kepentingan sunscreen lebih lanjut dan teruskan membaca!

Sunscreen adalah produk kecantikan yang paling penting yang korang patut gunakan! Sebab tu korang kena kenal pasti kepentingan sunscreen.

Kalau korang masih tak tahu akan kepentingan sunscreen pada kulit wajah, teruskan membaca dan semoga anda semua akan dapat info dari artikel ini.

Ramai yang menyangka sunscreen adalah produk yang tidak penting. Ramai yang menyangka yang kulit kita tidak perlu dilindungi dari sinaran UV dan matahari.

Ramai juga yang memakai sunscreen, tetapi tidak memakai dengan cara yang betul. Eh? Macam mana tu?

Apa yang sebenarnya akan berlaku pada kulit anda kalau tak gunakan sunscreen? What is the big deal?

Apabila kita tak gunakan sunscreen, kita akan dedahkan kulit kita pada sinaran UV dan matahari. Pertama sekali, tanpa penggunaan sunscreen, korang lebih terdedah untuk mendapatkan kanser kulit.

Kalau korang nak tahu, kanser kulit lebih mudah untuk terjadi apabila tidak memakai sunscreen berbanding dengan merokok!

Fakta: setiap tahun terdapat lebih banyak kes kanser kulit berbanding kes kes lain.

Walaupun korang terdedah pada sinaran UV dan matahari hanya untuk 1 minit, korang tetap meletakkan risiko pada diri korang untuk mendapat kanser kulit.

“Tapi matahari beri Vitamin D pada kulit kita?”

Ya, betul. Walaupun korang nak serap vitamin D ke dalam kulit, masih penting untuk korang gunakan sunscreen terlebih dahulu. Penggunakan sunscreen sebenarnya takkan halang penyerapan Vitamin D pada kulit korang.

Selain daripada itu, tidak menggunakan sunscreen akan membuatkan kulit menjadi gelap. Kulit kita terdiri daripada tiga lapisan iaitu epidermis, dermis dan juga lemak.

Lapisan yang akan paling penting ialah epidermis di mana ia yang berfungsi untuk melindungi kita dari sinaran UV dan juga cahaya matahari.

Apabila kita terdedah kepada sinar UV dan matahari, sel sel di bahagian bawah epidermis akan menebalkan lagi kulit kita dan akan membuatkan kulit kita rasa kasar.

Bukan itu sahaja, sebilangan sel di lapisan epidermis juga akan menghasilkan warna yang gelap dan itu akan menyebabkan kulit kita kelihatan lebih gelap.

Kemudian, terjadinya jeragat pada kulit wajah. Lebih lama kulit korang terdedah pada matahari, lebih banyak bintik bintik hitam akan mucul di kulit wajah anda.

Sel sel melanosit merupakan sel sel yang akan menyebabkan kulit kita menjadi gelap apabila terdedah di bawah sinaran matahari. Orang yang berkulit pulih adalah orang yang lebih cenderung kepada penghasilan jeragat.

Malah, sunburn pun boleh terjadi. Kalau nak tahu tanda tanda awal kulit rosak akibat matahari ialah berlakunya sunburn. Macam mana nak tahu itu sunburn?

Sunburn ialah di mana kulit korang jadi merah kemerahan dan kepedihan. Selain tu, kulit jadi kering dan merekah. Kalau sunburn yang orang alami tu teruk, boleh kering sampai berdarah ye.

Salah satu punca ‘tua sebelum umur’ adalah kerana tidak menggunakan sunscreen juga. Orang yang menggunakan sunscreen setiap hari sekurang kurangkan spf 15 menunjukkan penuaan kulit 24% lebih daripada mereka yang tidak menggunakan sunscreen.

Bilakah waktu yang sesuai untuk gunakan sunscreen?

Jawapannya ialah hari hari! Ya, korang patut gunakan sunscreen setiap hari.

Walaupun cuaca mendung, wajib untuk korangkan gunakan sunscreen. Ini adalah kerana 80% sinaran UV matahari masih boleh tembus ke bumi.

Walaupun tempat kerja korang tak terdedah pada sinaran UV dan matahari, masih penting juga untuk korang gunakan sunscreen.

Penggunaan sunscreen dalam skincare routine ialah pada langkah yang terakhir ya. Jadi, gunakan sunscreen setiap hari pada waktu pagi.

Bila je sunscreen tak diperlukan? Pada waktu malam. Kenapa? Sebab pada waktu malam, tiada sinaran UV mahupun matahari..

Ada satu benda yang korang kena ambil tahu, penggunaan sunscreen bukanlah hanya digunakan di kulit wajah malah di badan juga.

Selain kulit wajah, tangan dan kaki kita juga terdedah pada matahari kan? Jadi, gunakan juga sunscreen di bahagian yang terdedah pada sinaran UV dan matahari.

SPF yang terbaik bermula dari SPF 30 dan ke atas.

Ada banyak lagi kepentingan sunscreen! Teruskan membaca.

Macam mana nak tahu kalau korang gunakan sunscreen itu dengan cara yang betul yang tidak?

Ini top 5 kesalahan yang mungkin anda lakukan apabila menggunakan sunscreen!

1. Tidak menggunakan sunscreen dengan amaun yang betul

Agak agak berapa banyak amoun yang kita perlukan? Satu sudu kecil atau dua jari adalah amoun yang mencukupi untuk lindungi kulit kita dari sinaran UV dan juga matahari.

2. Menggunakan sunscreen apabila nak keluar sahaja

Walaupun korang tak keluar dan hanya duduk di rumah, korang masih kena gunakan sunscreen. Walaupun korang dah tutup satu rumah dengan langsir, masih ada chance untuk sinaran UV tembus ya.

3. SPF lebih tinggi bermaksud kulit dilindungi lebih lama

Ini adalah antara kesilapan yang ramai orang buat. Ramai yang menyangka lebih tinggi SPF, lebih lama ia dapat lindungi kulit kita.

Sebenarnya, walaupun SPF sunscreen itu tinggi, masih perlu untuk korang reapply sunscreen setiap 3 jam. Kalau sunscreen tak di reapply setiap 3 jam, sia sia je penggunaan sunscreen.

4. Meggunakan sunscreen yang dah expired

Sunscreen tidak boleh digunakan setelah expired. Macam mana nak tahu bila sunscreen kita expired? Setiap kali korang beli sunscreen, check PAO produk itu.

5. Tak tunggu 20 minit

Sunscreen harus digunakan kira kira 20 minit sebelum korang keluar dari rumah. Ini adalah kerana sunscreen memerlukan 20 minit untuk meresap ke dalam kulit kita agar ia dapat berikan perlindungan yang optimum.

Jadi, penting untuk korang tahu kepentingan sunscreen agar ia berfungsi dengan baik kepada kulit kita. Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Atasi Kulit Breakout Yang Berkesan Pada Kulit Anda

Produk Untuk Kulit Kering Yang Anda Patut Cuba
Cara Atasi Kulit Breakout Yang Berkesan Pada Kulit Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close My Cart
Recently Viewed Close
Close

Close
Categories