Bagi siapa yang mengalami kulit breakout, anda sangat disarankan untuk membaca post kali ini! Ini 5 cara atasi kulit breakout untuk anda.
Pernah tak, tiba tiba je kulit kita timbul jerawat atau kulit berasa gatal gatal kemerahan?
Breakout merupakan jerawat atau bintik bintik merah yang memenuhi kulit wajah atas beberapa sebab.
Ketahui dahulu 5 punca terjadinya kulit breakout. Ramai yang sangka breakout itu terjadi hanya lah kerana salah gunakan produk. Tapi, sebenarnya, ada banyak lagi punca terjadinya kulit breakout.
Walaupun punca kulit breakout datang dari berlainan sebab, namun cara nak atasi nya tetap sama.
Secara asasnya, apabila kulit kita breakout, itu adalah kerana kulit kita telah pun menghasilkan lebihan minyak dan mengakibatkan pori pori kita tersumbat.
Apabila kulit kita mengalami breakout, penting untuk kita tahu punca dan tengok balik sama ada produk yang kita gunakan itu masih sesuai atau tidak dengan kulit wajah.
Apakah 5 punca terjadinya kulit breakout itu?
1. Tak Dapat Tidur Yang Secukupnya
Tahukah anda, kalau tak dapat tidur yang secukupnya boleh menyebabkan kulit breakout?
Ya, betul! Hadiah yang paling best yang korang boleh beri pada kulit korang adalah dengan dapatkan tidur yang cukup iaitu selama 7-8 jam sehari.
Apabila kita tidur, ia bagaikan ‘butang reset’ untuk seluruh badan kita, termasuklah kulit kita sendiri. Semasa kita tidur, waktu itulah sistem kita akan berehat dan sel sel akan tumbuh semula.
Apabila kita dapat tidur yang cukup, lingkaran bawah mata pun hilang. Betul tak?
“Kenapa tak dapat tidur yang cukup boleh terjadinya terjadinya breakout?”
Sebab apabila kita tak dapat tidur yang secukupnya, ia akan menurunkan tahap tekanan darah dan menyebabkan hormon kita tak stabil. Dan apabila itu berlaku, kulit kita akan hasilkan sebum yang berlebihan.
Bila sebum dihasilkan secara berlebihan, akan terjadinya pori pori tersumbat.
2. Sarung Bantal Kotor
Kenapa penting untuk kita pastikan sarung bantal kita sentiasa bersih? Sebab apabila kita tidur, kita luangkan masa sekurang kurangnya 7-8 jam sehari. Jadi, kulit wajah kita lebih banyak terdedah pada sarung bantal.
Semua minyak dan kotoran yang terkumpul pada sarung bantal itu akan melekat pada kulit wajah dan secara tak langsung, akan tersumbat di liang pori korang juga.
Jadi, penting untuk korang bersihkan sarung bantal sekurang kurangnya sekali seminggu agar kulit breakout dapat dihindari.
3. Terlalu Stress
Tahap stress yang melampau adalah salah satu sebab terjadinya kulit breakout. Ia adalah kerana badan kita menghasilkan kortisol berlebihan dan mencetuskan pengeluaran sebum berlebihan pada kulit.
Walaupun sebum memang penting untuk menjaga kulit kita agar sentiasa lembab dan awet muda, akan tetapi, sebum yang berlebihan akan membuatkan liang pori tersumbat dan kemudian terhasilnya jerawat.
4. Diet Yang Tidak Seimbang
Kadang kadang, breakout boleh terjadi kerana pemakanan kita sendiri. Sebenarnya, kulit kita juga memberi reaksi yang negatif terhadap makanan tertentu seperti tenusu, makanan berminyak dan karbohidrat.
Pengambilan makanan tersebut dengan kuantiti yang berlebihan akan menyebabkan kulit breakout.
Tahukah anda, gula dan karbohidrat adalah musuh utama kulit kita? Boleh makan makanan atau minumam yang bergula atau bergas, tapi jangan banyak. Jika diambil dengan kuantiti yang banyak, ia dapat meningkatkan kadar glukosa dalam darah dan beri impak negatif pada kulit.
5. Mengalami Dehidrasi
Dehidrasi adalah apabila badan kita kekurangan air. Kekurangan bekalan air boleh menyebabkan dehidrasi. Apabila badan kekuarangan air, badan kita akan hasilkan sebum yang berlebihan.
Bukan itu sahaja, dehidrasi juga akan menyembabkan pengumpulan sel kulit mati yang boleh menyebabkan liang pori tersumbat.
Air sangat penting untuk kulit, jadi pastikan korang minum air yang secukupnya hari hari, dan lebih baik agar pengambilan kafein pun dikurangkan!
Tapi jangan risau! Bila kulit mengalami breakout, ikuti sahaja..
7 Cara Atasi Kulit Breakout Ini.
#1 Jaga Kebersihan Wajah
Mengalami breakout atau tidak, penting untuk korang jaga kebersihan wajah korang. Wajib untuk korang cuci muka sekurang kurangnya dua kali sehari untuk singkirkan kotoran, sel kulit mati dan minyak yang berlebihan dari permukaan kulit kita.
“Maknanya kalau cuci muka lebih 2 kali sehari akan jadi lebih bersih lah ye?”
Tidak sama sekali! Mencuci muka lebih dari dua kali sehari akan beri lebih banyak keburukan dari kebaikan. Seeloknya, hanya dua kali sehari sahaja.
Apabila mencuci muka, pastikan korang menggunakan air suam dan pencuci muka yang bersesuaian dengan kulit wajah.
#2 Gunakan Pelembab Muka
Apabila kulit breakout, salah satu kesannya adalah kerana pengeluaran sebum yang berlebihan. Jadi, penggunaan pelembab akan balance kan pengeluaran minyak pada kulit.
Penggunaan pelembab tidak akan menyebabkan kulit kita makin berminyak, ya.
#3 Kurangkan Penggunaan Make Up
Ketika kulit sedang breakout, kalau boleh, kurangkan penggunaan make up terlebih dahulu. Ini adalah kerana make up mengandungi bahan bahan yang boleh trigger lagi jerawat pada kulit.
Tapi, kalau korang perlu juga gunakan make up, pastikan make up itu dicuci sebersihnya sebelum tidur.
#4 Jauhkan Tangan Dari Muka
Elakkan dari menyentuh wajah korang sebab bakteria yang ada pada tangan kita sememangnya banyak dan tak dapat dilihat dengan mata kasar!
Apabila korang sentuh muka, bukan sahaja bakteria yang korang sebarkan, tapi akan menyebabkan iritasi pada jerawat yang ada pada kulit.
#5 Gunakan Sunscreen
Sinaran UV akan meningkatkan keradangan dan kemerahan pada kulit jika tidak dilindungi menggunakan sunscreen.
Apabila perkara itu terjadi, akan terjadinya hiperpigmentasi pada kulit di mana ia akan berubah menjadi warna gelap atau lebih dikenali sebagai jeragat.
Jadi, gunakan suncreen dan tunggu 20 minit sebelum keluar rumah. Selain itu, pastikan sunscreen di apply setiap 3 jam untuk dapatkan perlindungan yang secukupnya.
Apabila kulit korang mula menunjukkan ciri ciri kulit breakout, jangan panik! Malah, ketahui dahulu punca terjadinya kulit breakout dan ikuti cara atasi kulit breakout.
Selamat mencuba!
Baca juga: Kepentingan Sunscreen Untuk Wajah