Teknik Berkesan Kurangkan Minyak Di Muka

“Argh stressnya nak keluar macam ni. Minyak dekat muka macam dah boleh buat masak. Rosak make up dekat muka. Nak jumpa orang pun segan! Macam mana ni? Ada tak teknik berkesan kurangkan minyak pada muka?”

Haa, ramai tak macam ni? Sebelum korang nak buang segala minyak yang ada dekat muka, ketahui ini dulu..

Untuk pengetahuan korang, sebenarnya minyak yang ada dimuka kita adalah minyak semula jadi untuk melindungi kulit daripada terlalu kering, kekotoran dan habuk. 

Namun, apabila minyak menjadi berlebihan, ia akan menyebabkan liang pori tersumbat.

Liang pori yang tersumbat akan memudahkan proses jerawat untuk terhasil pada muka dan seterusnya menjadikan kita kurang keyakinan diri untuk berinteraksi dengan orang ramai.

Haa, jangan ingat kulit bebas minyak itu kulit yang sihat ya! 

Sebelum nak ketahui teknik-teknik untuk mengurangkan minyak, korang perlu tahu punca-punyanya terlebih dulu.

Ini 4 Punca Kulit Muka Berminyak:

#1 Pemakanan

Siapa makanan kegemaran dia kentang goreng? Ayam goreng? Sotong goreng tepung? Pisang goreng? Dan makanan-makanan yang seangkatan dengannya?

Haa, mungkin lepas ni korang kena kurangkan pengambilan makanan-makanan faveret korang tu. 

Antara punya yang utama adalah melalui pemakanan yang kita ambil. Makanan yang bergoreng dengan minyak yang berlebih-lebihan serta berlemak penyumbang yang paling banyak kepada masalah kulit berminyak.

#2 Stress Yang Tidak Terkawal

‘Jangan stress-stress, nanti jerawat naik’, selalu dengar kan orang cakap macam ni?

Stress dan tekanan merupakan perkara yang normal dan sering terjadi kepada ramai.

Walau bagaimana pun, stress yang berlebihan akan menganggu dan mengubah keseimbangan hormon yang ada dalam badan seseorang sehingga menyebabkan kulit berminyak yang juga membawa kepada masalah kulit berjerawat. 

Stress itu perlu, tapi cuba kawal. Ia penting bukan saja untuk masalah kulit, tetapi juga untuk masalah kesihatan dalaman kita. 

#3 Pola Tidur Yang Tidak Betul

Yes, tidur pun boleh menyebabkan kulit kita berminyak. Pola tidur yang sihat adalah penting dalam pelbagai faktor.

Faktor kulit juga tidak ketinggalan. Apabila tidak cukup tidur atau sering berjaga waktu malam, minyak kulit akan menjadi terkumpul. 

Sebab itulah korang perlu mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. Tidur ni bukan penting untuk kulit je, tubuh badan yang sihat bermula daripada tidur yang cukup juga!

#4 Cuaca Panas

Malaysia dengan cuaca panas berpisah tiada. Betul tak? Bila cuaca panas, muka pun kerap berpeluh. Ini juga boleh menjadi salah satu punca kenapa muka kita sering mempunyai minyak berlebihan. 

Apabila kulit kita terdedah dengan cuaca yang panas terlalu lama, kulit akan dipaksa untuk menghasilkan banyak minyak bagi melindingi wajah daripada kepanasan yang melampau. 

Okay, sekarang dah tahu punca-puncanya, jom tambah pengetahuan tentang teknik-teknik mengurangkan kulit berminyak!

5 Teknik Berkesan Kurangkan Minyak Pada Muka

#1 Elak Cuci Muka Dengan Kasar

Tahukah anda, apabila kita menggunakan bahan kasar untuk mencuci muka seperti tuala atau span yang keras, ia akan menyebabkan minyak semula jadi yang ada, hilang?

Yes, bahan-bahan kasar ini akan menyebabkan kulit untuk menghasilkan lebih banyak minyak akibat kehilangan minyak semula jadi itu tadi.

Haa, so lepas ni, jika korang suka gunakan bahan-bahan kasar, apa kata pakai yang lembut pula? Banyak je pilihan dekat market sekarang!

#2 Cuci Muka Pada Waktu Siang & Malam

Nak cuci muka pun ada waktunya. Adalah disarankan untuk kita mencuci muka pada waktu siang selepas bangun tidur, dan malam, sebelum tidur. 

Jangan pula disebabkan kulit berminyak, korang pergi cuci muka berkali-kali untuk hilangkan minyak tu. Sebenarnya, tindakan itu salah ya!

Apabila kulit korang dicuci berkali-kali dalam masa sehari, ia sebenarnya akan menjadikan kulit korang dehidrasi kerana hilangnya minyak semulajadi yang ada pada semua orang. 

Cukup sekadar dua kali je okay?

#3 Pembersih Muka Yang Lembut

Pemilihan pembersih muka juga penting untuk mencegah minyak kulit yang berlebihan. Kita disarankan untuk memilih pembersih muka yang mengandungi benzoyl peroxide, salicylic acid, glycolic acid atau beta-hydroxy acid. 

Bahan-bahan ini sangat lembut untuk semua jenis kulit, terutama sekali untuk kulit berminyak.

Ini kerana bahan-bahan ini akan mengawal pengeluaran minyak berlebihan yang boleh menyebabkan berlakunya penumbuhan jerawat, jeragat dan bermacam-macam lagi.

Elakkan pembersih yang mengandungi bahan aktif seperti alkohol dan sodium lauryl. Kedua-dua bahan ini dapat menghapuskan lapisan perlindungan minyak kulit semulajadi. 

teknik berkesan kurangkan minyak

#4 Gunakan Pelembap

Siapa kata kalau ada kulit berminyak tak perlu pakai pelembap? Itu salah ya! Kulit berminyak masih memerlukan pelembap untuk mengekalkan hidrasi pada wajah.

Apabila kulit kita kekurangan hidrasi, kelenjar minyak akan dicetuskan untuk menghasilkan lebih banyak minyak. Ah sudah, lebih baik mencegah sebelum merawat!

Pelembap pun ada jenisnya. Sebelum membeli, periksa maklumat pada pembungkusan produk terlebih dahulu supaya tidak tersalah beli. 

#5 Sunscreen

Tidak kiralah kulit anda jenis apa sekali pun, pemakaian sunscreen adalah WAJIB! Ha nampak tak tulisan wajib tu semua huruf besar? Ini bermakna, korang dilarang keluar rumah tanpa menggunakan sunscreen! 

Sunscreen ni bukan saja bertindak sebagai pelindung kulit daripada sinaran matahari, tapi ia juga boleh membantu mengekalkan kelembapan pada wajah.

So, macam mana? Agak-agak boleh tak amalkan teknik-teknik ni? InsyaAllah berkesan sekiranya kita kekal berdisiplin melakukan teknik-teknik ini. Ingat tau, nak seribu daya, taknak seribu dalih!

Selamat mencuba! 

Baca juga: https://www.noirbeautyworld.com/produk-untuk-kulit-sensitif-yang-berkesan/

Produk Untuk Kulit Sensitif Yang Berkesan
Produk Untuk Kulit Berminyak? Ini 5 Bahan Yang Anda Patut Cari!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close My Cart

Recently Viewed

Close
Close

Close
Categories