produk untuk kulit berminyak

Produk Untuk Kulit Berminyak? Ini 5 Bahan Yang Anda Patut Cari!

Bagi sesiapa yang sedang membaca artikel ini, pasti anda mengalami masalah kulit berminyak, kan? Ataupun, masalah kulit kombinasi? Mesti korang tengah cari produk untuk kulit berminyak, kan?

Artikel ini adalah tentang cara penjagaan yang betul dan rekomendasi produk untuk kulit berminyak.

Artikel ini juga adalah tentang bahan yang korang patut cari dalam produk kecantikan agar korang dapat atasi masalah kulit berminyak! Teruskan membaca. 

Apa itu kulit berminyak?

Macam mana nak tahu kalau kulit kita berminyak atau tidak? Mudah sahaja. Selepas mencuci muka, jangan gunakan skincare lain selama 2 jam.

Kalau kulit rasa berminyak, maknanya kulit anda adalah jenis berminyak. Kulit berminyak terjadi apabila sebum yang dikeluarkan melebihi yang sepatutnya.

Sebum ialah minyak ‘semula jadi’ yang dikeluarkan oleh kulit  kita.Tetapi, bagi yang mempunyai masalah kulit berminyak yang melampau, itu adalah kerana sebum yang dikeluarkan lebih dari yang sepatutnya.

Fungsi sebum adalah untuk menjaga kelembapan kulit, namun, minyak yang terlalu banyak akan menimbulkan masalah seperti jerawat.

Ini adalah kerana kotoran lebih mudah untuk melekat pada kulit sehingga terjadinya pori pori tersumbat.

Bila dah tersumbat, terjadi lah masalah lain pula seperti whitehead dan blackhead.. Selain itu, sel sel kulit mati juga mudah untuk tersumbat pada pori pori.

Jika anda mempunyai masalah kulit berminyak, itu adalah biasa. Tetapi, masalah kulit berminyak tidak boleh dibiarkan dan harus diatasi.

Mempunyai masalah kulit berminyak sudah tentu akan membuatkan anda rasa tidak selesa kerana kulit kita akan kelihatan berkilat.

Selain itu, pori pori juga akan kelihatan besar dan jelas pada kulit wajah. Bukan itu sahaja, orang yang mempunyai masalah kulit berminyak juga menghadapi masalah seperti mudah tumbuh jerawat dan juga banyak pembentukan blackhead akibat pori pori tersumbat.

Tidak ada seorang pun yang tidak rimas jika memiliki kulit yang berminyak lagi lagi apabila sudah mencuba pelbagai produk kecantikan.

Bila dah gunakan pelbagai produk kecantikan tetapi kulit masih berminyak, di manakah silapnya?

Sebenarnya, ramai orang tak sedar yang tidak semua bahan dalam produk kecantikan sesuai untuk digunakan oleh kulit berminyak.

Oleh itu, penting untuk anda ketahui jenis jenis kandungan bahan yang bagus dan elok untuk masalah kulit berminyak.

Sebelum tu! Jom ketahui langkah langkah penjagaan kulit berminyak.

Bila korang menghadapi masalah kulit berminyak, penting untuk korang guna produk yang betul dan yang paling penting, langkah penjagaan pun kena betul juga. 

Sebenarnya, untuk masalah kulit berminyak, korang kena pastikan korang guna produk yang memang di formulasi khas untuk merawat kulit berminyak. Dari pencuci muka, sampai lah ke sunscreen.

Kalau korang menghadapi masalah kulit berminyak, sebenarnya korang tak perlukan banyak produk sebab untuk kulit berminyak, less is more. Produk yang korang perlukan hanya lah untuk membersih, melembab, merawat dan juga melindungi.

Okay, jom ketahui 5 bahan terbaik dalam produk kecantikan untuk kulit berminyak, jadi apabila anda ingin mencari produk kecantikan, pastikan anda mengikut panduan di bawah!

#1 Cari produk yang mengandungi Galactomyces Ferment Filtrate

Apa tu? Galactomyces Ferment Filtrate sangat popular di negara Korea akan kehebatannya dalam merawat masalah kulit.

Dalam produk penjagaan kulit,  galactomyces mempunyai keupayaan untuk meningkat kan penyerapan produk dan juga mempunyai kesan antioksidan.

Galactomyces juga terbukti mengawal sebum pada kulit berminyak, serta mencerahkan dan mengatasi jerawat.

Ada kajian yang membuktikan bahawa Galactomyces menyebabkan sel epidermis menghasil kan asid hyaluronik yang bermaksud ia mempunyai sifat melembab agar dapat mengawal kulit berminyak supaya tidak terlalu kering dan tidak terlalu berminyak!

Kalau nak tahu, Noir Mousse Purifying Treatment Cleanser mengandungi Galactomyces Ferment Filtrate yang diformulasikan khas untuk orang yang mengalami masalah kulit berminyak.

produk untuk kulit berminyak

#2 Cari produk yang mengandungi Witch Hazel

Witch Hazel merupakan astringen semula jadi yang boleh mengurangkan sebum pada kulit tetapi dalam masa yang sama juga bertujuan untuk menghidrat dan melembapkan.

Witch Hazel merupakan salah satu bahan yang akan disukai oleh orang yang mempunyai masalah kulit berminyak sebab memang berkesan!

Witch Hazel terkenal dapat membuang minyak yang berlebihan, menghilangkan kemerah merahan pada kulit akibat sunburn, dan juga berfungsi untuk mengecilkan liang pori di wajah.

Manfaat yang paling ketara jika menggunakan produk yang mengandungi Witch Hazel ialah pengurangan minyak berlebihan yang ketara. Apabila sebum di wajah dapat dikawal, liang pori juga akan mengecil.

#3 Cari produk yang mengandungi Tea Tree Oil

Tea tree oil merupakan salah satu pilihan popular untuk merawat masalah kulit berminyak. Tea tree oil merupakan bahan yang bersifat anti-radang dan anti-mikroba yang terbukti menenangkan kemerahan dan keradangan.

Bukan itu sahaja, ia juga membantu mencegah dan mengurangkan bekas jerawat, menjadikan kulit lebih licin dan bersih. 

Kalau nak tahu, Noir Skin Refining Essence mengandungi Witch Hazel dan Tea Tree Oil.

Gabungan kedua kedua bahan ini pasti akan beri lebih manfaat kepada kulit sebab memang berkesan untuk merawat kulit berminyak.

produk untuk kulit berminyak

#4 Cari produk yang mengandungi Snail Secretion Filtrate atau lebih dikenali sebagai Snail Mucin

Snail Mucin ada banyak manfaat pada kulit. Tahukah anda bahawa Snail Mucin mengandungi 91-98% air? Lendir siput ditapis berkali kali untuk meningkatkan kepekatannya untuk memastikan ianya berkesan pada kulit.

Snail Mucin memberi hidrasi yang secukupnya pada kulit, berfungsi untuk memperbaiki penampilan garis garis halus, dan mengurangkan jerawat serta cela.

Yang paling penting, ia sangat bagus untuk orang yang mengalami masalah kulit berminyak kerana ia berfungsi untuk mengimbangkan minyak dan mengawal sebum pada kulit.

#5 Cari produk yang mengandungi Niacinamide

Apa itu Niacinamide? Okay, Niacinamide merupakan Vitamin B3 di mana fungsi utamanya adalah untuk memperbaiki skin barrier.

Apabila seseorang itu mengalami masalah kulit berminyak, itu adalah kerana skin barrier tidak kukuh.

Apabila menggunakan produk yang mengandungi Niacinamide, bukan sahaja ia memberi hidrasi yang cukup pada kulit, malah ia juga berfungsi untuk meminimumkan size pori yang besar akibat minyak yang dihasilkan oleh kulit. 

Untuk Snail Mucin dan Niacinamide pula, korang boleh cari bahan ni di dalam Noir Gel Hydrant Whitening Advance Formula!

Moisturizer ni sangat sesuai untuk kulit berminyak sebab fungsi Snail Mucin adalah untuk mengimbangkan sebum/minyak pada kulit kita, sama juga dengan Niacinamide.

Cuma, Niacinamide ni lagi best sebab ia bukan sahaja seimbangkan minyak di muka, malah mencerahkan kulit wajah! 

produk untuk kulit berminyak

Jadi sekarang korang sudah tahu apakah bahan dalam produk yang perlu korang cari untuk merawat kulit berminyak, selamat mencuba!

Baca juga: Produk Untuk Kulit Kering Yang Anda Patut Cuba

Teknik Berkesan Kurangkan Minyak Di Muka
Produk Untuk Kulit Kering Yang Anda Patut Cuba

Comments (1)

  1. Azimah

    Bagaimana kalau nak hilangkan pigmentasi pada kulit berminyak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close My Cart

Recently Viewed

Close
Close

Close
Categories